Tuesday, January 30, 2024

Suri rumah atau kerjaya III

Kalau aku nak kerja pun dah terlambat umur dah berapa, orang lain dah penuh EPF dah, dah naik pangkat, buat macam macam kerja, macam macam achievement. 

Aku rasa luahkan dekat blog ni okay juga, rasa ada privacy, aku yakin takda siapa siapa baca blog aku. Bagilah peluang aku luahkan perasaan. Perasaan moral down yang dah terbungkus dalam kotak hati tu terbuka semula. Seminggu hilang lah kot perasaan down aku ni. Aku sedih seharian sampai asik nangis tapi tak la obvious sangat, nanti husband dengan anak anak nampak pula. Tapi kejap kejap mata berair... sampai tahap aku mandi tadi aku ternangis betul betul tapi aku tahan, sampai tahap aku termuntah... serius.

Memang aku dah cuba nak tahan rasa down teruk tu, tapi lambat la nak hilang... ni kalau aku luahkan betul kat kawan ke kat husband ke tah tah kena kecam kot. Mesti ada kata aku jeles ke apa, atau kata aku tak reti bersyukur. I am really aware what i felt. Tak nak jeles... sumpah tak jeles, aku cuma down. Aku selalu rasa loser. Daripada kecik taw aku rasa macam ni. Kecik kecik nak belajar betul betul tapi tah la memang aku bukan budak great A, great MRSM ke.. bukan. Aku sekadar boleh belajar tapi tak bengap sangat la kot. Apatah lagi aku ada cita cita nak banggakan mak abah, nak tolong mak abah. Teringin nak sediakan rumah untuk mak dekat kampung bagi selesa. Sampai tahap mak aku kahwin lagi wey baru mak aku dapat rumah selesa sebab suami baru mak sediakan rumah. Faham tak rasa loser tu ?

Tapi rasa rasa loser ni banyak dah berkubur lepas kahwin. Sebab aku dapat husband yang supportive. 
Jaranglah aku nak down dengan status suri rumah aku ni. Kadang kadang je aku ter trigger terjentik bila aku tengok orang orang yang aku kenal nampak banyak achievement. 

Aku bayangkan orang orang ni mesti seronok beli barang kemas, beli baju cantik ada kualiti, boleh beli phone flagship. Aku dulu zaman kerja paling besar gaji RM1500 je... apalah sangat yang nak disimpan... ada la aku reward beli baju tiap2 bulan, bagi mak duit RM300 tu wajib rasa happy sangat dapat bagi mak duit. 

Bab baju ni aku pernah down teruk, tapi under control, ni kalau orang tahu mampus aku kena kecam... sebab posting orang yang sama juga buat aku rasa sedih. Alahai pasal baju pun sedih ke ?


bersambung
Nurul











Tuesday, September 26, 2023

Suri rumah atau berkerja II

Jadi murung pula mood aku pagi ni. Padahal semalam elok je. Apalah masalah aku ni... sebenarnya aku trigger 1 post dekat facebook. This one post out about naik pangkat, naik gaji, achievement, all the job achievement dia dapat. Panjang la post tu. Tah la, bila baca aku compare dgn diri aku sendiri, ya Allah terlalu jauh... jauh sangat. Posting tu buat aku rasa macam aku gali semula diri aku yang dulu dulu yang sangat moral down. Ikutkan aku dah kahwin 6 tahun, ada suami yang supportive, tak pernah pertikai aku suri rumah... aku macam gain confident walaupun aku cuma suri rumah. Umpama perasaan aku yang dulu tu dah disimpan kemas rapi masuk dalam kotak, bubuh letak stor. Tapi bila posting2 achievement lalu kat wall aku, segala perasan dalam kotak yang dah tersimpan kemas rapi tu terbuka semula. 

Dulu sebelum aku kahwin, aku jenis moral down teruk... cumanya aku pun tak la show off sangat. Mungkin ada la aku lepas bercerita luahkan dengan kawan tapi still tak show off... yela life must go on... sedih sedih nanti kerja tak jalan. Mungkin aku boleh claim banyak faktor kenapa aku jenis cepat moral down. Persekitaran kehidupan, katak bawah tempurung, masalah keluarga, kewangan, atau aku sendiri memang tak cerdik. Bab belajar i always wonder, aku tak pandai belajar sebab memang aku tak pandai atau persekitaran aku. Kalau family ada access kewangan yang ok aku boleh belajar lagi bagus ke ? Dulu dulu pun belajar bersungguh sungguh juga tapi memang aku bukan budak cemerlang. Pernah la merasa jadi best student tapi untuk aliran sastera. Takda apa yang nak dibanggakan sangat pun. 

Berbalik kepada posting somebody ni tadi, aku down terus sampai nangis, aku murung sangat bangun pagi, nak buat kerja apa pun rasa takda mood. Anak anak pun aku marah. Kesian anak anak aku. Aku macam eh apa aku pikir ni, apa aku rasa ni, baca posting orang sampai aku down menangis. Posting dia buat aku counter balik siapa aku ni. Rasa malu sangat jadi suri rumah, belajar sampai degree tapi pointer pun rendah. Tak dapat kerja bagus bagus. Confident level yang aku dapat sepanjang aku kahwin macam musnah kejap. Aku rasa aku bodoh sangat. Bayangkan lah yang posting tu dia naik pangkat dia cerita satu satu, daripada sekian jadi sekian, kalau dah sampai naik head deparment, aku boleh bayang gaji dia besar gila. Manager husband aku pun at least 9k, ni jawatan dia lagi bombastik drpd manager husband aku. This one yang buat aku moral down is mother, profesional worker, and aku yakin dia berdiri sendiri pun dia T20. She stand on her own. Aku segan sangat, dah la aku lagi tua daripada dia. Sampai aku terbayang perbualan dia of course isu serius, yang susah otak aku nak hadam, isu isu high tech, projek, speak pun english je. Duit no problem. Aku ? sembang iium confession, sibuk pasal pampers mana paling murah, beras mahal, makan kena jimat, nak beli makan feberet pun kena jimat jimat, nak beli baju sendiri, baju anak anak pun bersekat sekat. kadang kadang terpaksa guna duit anak anak untuk beli barang. If i am stand on my own percayalah aku memang rubbish gila, merempat. Kehidupan elok aku ni asbab suami aku je. Aku sebenarnya tak berminat nak claim kehidupan aku hari ni milik aku...semua usaha suami aku. Kesian suami aku, dia patut ada isteri lagi elok drpd aku ni. 


bersambung

nurul














Tuesday, September 5, 2023

ENT

Pia, anak sulung aku masuk ward. 4 hari sebab demam dan selesema 2 bulan... waktu yang dia masuk ward tu sepatutnya aku balik kampung kat Muar, Johor. Tapi tu lah, tak kesampaian nak balik. Risau mak aku kat kampung tu ada teman ke tidak... at least kalau aku dengan anak anak ada meriah rumah tu, mak pun ada tempat nak bersembang. 
Mungkin suratan atau kebetulan. Aku jem tak dapat balik kampung, terpaksa reset balik otak aku dengan kerja suri rumah aku ni. Which is aku takda mood dah nak buat. Aku penat... serius penat. Lepas balik unexpected aku sakit pulak, alahai... lagi la aku takda mood dengan kerja rumah ni. Aku penat dengan rutin yang takda sistem ni. Duit pon kopak dah, nak shopping barang keperluan aku pun terpaksa kira kira balik. Yelah aku kan suri rumah, berapa banyak sangat la elaun part time aku. Tanak buat kerja rumah pun kena paksa diri buat juga, rimas tengok sepah sepah ni. Masak pun kena buat juga, tak masak lapar pula kan. 

Aku bukan ungkit ke apa, serius tak... cuma harap lepas ni kesihatan Pia makin baik, makin sembuh, aku dah letih nak pantau hidung dia, hari hari aku cuci, aku flush, pantau warna hingus dia. Kesian dia nak buat aktiviti sekolah kalau ada hingus, nanti kawan pun geli. Banyak kos dah habis untuk perubatan pia, rawatan alternative, garam flush tu, jumpa pakar ENT, depo yang hangus untuk warded lagi. Banyak keinginan parent yang terpaksa hold dulu sebab kos kos lepas perubatan. Bukan la keinginan for fun. Tapi untuk kemudahan keluarga kecil aku ni... 

penat dah.


bersambung...

xoxo

nurul.

Friday, September 1, 2023

Suri rumah atau berkerja I

Semalam aku borak dengan suami pasal ni lah. Patut ke tak patut aku kerja. Sebenarnya aku macam trigger tengok kawan kat luar sana yang jadi wanita bekerja. Bila tengok diri sendiri, alahai suri rumah. selekeh, tak berdandan, tak bergaya, takda achievement, lagi sedih tak berduit. Aku cuma down sendiri. 

Mungkinkah kalau aku kerja, life get better? senang nak beli apa apa barang. Barang pon sekarang mahal. Nak keluar 200 300 pon sayangnya duit. Boleh tolong ekonomi rumah tangga. Yeke ? Tapi bila berdiskusi dengan suami, lagi banyak alasan yang buat aku tak boleh bekerja daripada pergi kerja. Anak anak aku belum sekolah rendah lagi, jadi daycare swasta mesti bajet dalam RM1200 ke RM1800 untuk 2 orang full daycare. Sekurang kurangnya gaji aku kena 3K+++ baru berbaloi. Apatah lagi umur aku dah 35 tahun. Jadi suri rumah pon dah 6 tahun. Nak cari kerja office normal hour mesti gaji basic je. tah yeke dah lama tak cari kerja aku pun tak tahu. Kalau nak senang cari kerja, kena cari kerja dalam bidang retail lah. Tapi bidang retail ni memang kena kerja shift. karang siapa pulak nak kutip anak anak aku kat taska ke, kat sekolah ke, schedule suami memang tak boleh usik, sbb dia sendiri kerja shift. Tak boleh kacau sbb suami pencari nafkah utama kan...

Aku bukan nak negative thought, cuma fikiran dan perasaan tu ada masa datang sendiri. Tengok achievement orang lain, tapi aku macam, what am i doing now ? basuh pinggan tiap tiap hari tak pernah habis, siapkan laundry yang sentiasa penuh, hari hari pikir nak masak apa, bila nak keluarkan ikan ayam beku... pergi pasar beli ikan, ayam, sayur... aaaah dah 6 tahun rutin ni. Belum hiruk pikuk anak anak lagi.

Ntah lah, sedih juga takda apa apa achievement daripada diri sendiri. 


bersambung... 


xoxo

nurul.